Ahad, 29 September 2013

MAHROJAN AL-LUGHOH AL-AROBIYYAH (Karnival Bahasa Arab)

Syukur ke hadrat Ilahi, karnival ini telah berlangsung dengan jayanya bermula dari 2 September 2013 sehingga 25 September 2013. Karnival Bahasa Arab ini adalah merupakan salah satu program anjuran Panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam SK Kampung Bahagia Jaya dengan kerjasama Pengurusan Kokurikulum Sekolah serta beberapa Kelab di bawah Unit Kelab dan Persatuan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang berlangsungnya Bulan Bahasa Arab ini seperti Kalimatul Yaum, Al-Hiwar, Pertandingan Mencipta Poster, Pertandingan Mewarna, Gerai Jualan, Explore Race dan lain-lain. Objektif utama program ini adalah untuk memperkasakan lagi pengetahuan dan penggunaan Bahasa Arab dalam kalangan warga Sekolah Kampung Bahagia Jaya ini melalui aktiviti-aktiviti yang telah disusun.

Majlis penutupan bagi karnival ini telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar pada 25 September 2013 dengan pelbagai persembahan murid serta penyampaian hadiah. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada para guru yang terlibat serta sekalung tahniah buat murid-murid yang telah memenangi pertandingan-pertandingan yang telah diadakan. Jazakallahu Khairan Kasira...- 23 Zulkaedah 1434 H.

Pertandingan Poster Seni Khat Ungkapan-ungkapan Arab




Majlis Penyampaian Hadiah








 Persembahan Murid





Sabtu, 11 Mei 2013

KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA SKBJ 2013

Kejohanan Sukan Dan Olahraga Sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Mei 2013. Acara kemuncak ini bertempat di Stadium Tun Ahmad Zaidi, Sibu. Pelbagai acara telah dipertandingkan. Berikut adalah pemandangn sekitar acara berlangsung pada hari tersebut...Selamat Maju Jaya...SKBJ BOLEH...

PERBARISAN KONTINJEN PASUKAN RUMAH MASING-MASING

 RUMAH MERAH

 RUMAH BIRU

 RUMAH KUNING

RUMAH HIJAU


BACAAN IKRAR OLEH KETUA PASUKAN

SEBAHAGIAN DARI ACARA YANG SEMPAT DIRAKAM





Kiri: Mohd Irfan Zafian telah dinobatkan sebagai Atlet Paling Cemerlang bagi kejohanan sukan pada tahun ini.

Kanan: Roslan dan Irfan bersama pingat serta piala yang dimenangi.







JOHAN KESELURUHAN PADA TAHUN 2013 INI DISANDANG OLEH PASUKAN RUMAH MERAH...TAHNIAH...

DAN KEPADA PASUKAN-PASUKAN RUMAH YANG LAIN,JANGAN BERPUTUS ASA..CUBA LAGI TAHUN DEPAN...:)





Jumaat, 26 April 2013

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT DAERAH SIBU 2013 M / 1434 H.

Pada tahun ini, SK Kampung Bahagia Jaya sekali lagi berpeluang menyertai Majlis Tadarus Al-quran Peringkat Daerah Sibu. Ianya telah diadakan pada 15 & 16 April 2013 bertempat di SMK Sibu Jaya. Sekolah ini telah mengambil bahagian dalam beberapa acara seperti Tilawah Al-quran, Hafazan, Nasyid, Bercerita dan lain-lain lagi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, murid-murid SKBJ telah menunjukkan prestasi dan persembahan yang agak tidak menghampakan, namun mungkin nasib tidak menyebelahi murid-murid sekolah ini. Walau bagaimanapun, wakil murid SKBJ iaitu Nurin Batrisyia Yamini Bt. Sulaili telah mendapat Tempat Kedua dalam Acara Hafazan Al-quran Perempuan Kategori Sekolah Rendah. Manakala Pasukan Nasyid Sekolah pula telah melakar sejarah apabila mendapat Johan dalam Pertandingan Nasyid Kategori Sekolah Rendah pada tahun ini. Semoga dengan pencapaian tersebut dapat meningkatkan lagi motivasi anak-anak di SKBJ ini untuk mencapai kejayaan dalam acara-acara yang lain pada masa akan datang, Insya Allah...SKBJ Boleh!!!

Sekitar suasana di hari pertandingan.

Peserta MTQ dari SKBJ

Kumpulan Nasyid Sekolah membuat persembahan



Peserta Hafazan yang telah memenangi Tempat Kedua 
(Nurin Batrisyia Yamini Bt. Sulaili)


Ketua Kontinjen SKBJ, Ust. Abdul Shukor sedang menerima hadiah.


Kecerian terpancar di wajah anak-anak SKBJ.

Selasa, 29 Januari 2013

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1434H /2013M

Khamis-24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabi'ul Awwal 1434 H. Sambutan Maulidurrasul Peringkat Daerah Sibu telah diadakan di Dataran Sibu, Sarawak. Sambutan tersebut adalah sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Beberapa buah sekolah telah mengambil bahagian dalam sambutan tersebut termasuk jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta masyarakat islam sekitar Sibu ini. Antara pengisian sambutan pada hari tersebut ialah, laungan selawat yang diiringi dengan perarakan dari kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian, persembahan nasyid, pertandingan sepanduk dan lain-lain lagi. Sk Kampung Bahagia Jaya juga tidak terkecuali dalam sambutan ini. berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut:
 Guru-guru dan staf islam dari Sk Kampung Bahagia Jaya, Sibu bergambar bersama-sama setelah penat berarak sejauh kira-kira 4km.

Kelihatan Ustaz Termyzy dan cikgu Fizik (Cikgu Zul) sedang mempromosikan sepanduk sekolah kepada orang ramai. 

Sepanduk dalam proses hiasan...

Diharapkan Sambutan Maulidurrasul pada tahun ini dapat dihayati dengan penuh keinsafan oleh semua umat islam di Sibu ini khasnya dan di seluruh dunia amnya. Apalah gunanya sambutan meriah tetapi pengisian serta amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ditinggalkan, suruhan dan larangan Allah s.w.t. pula tidak diambil berat. Semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan yang demikian...Insya Allah...Sollu 'Alan Nabiyy...