Khamis-24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabi'ul Awwal 1434 H. Sambutan Maulidurrasul Peringkat Daerah Sibu telah diadakan di Dataran Sibu, Sarawak. Sambutan tersebut adalah sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Beberapa buah sekolah telah mengambil bahagian dalam sambutan tersebut termasuk jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta masyarakat islam sekitar Sibu ini. Antara pengisian sambutan pada hari tersebut ialah, laungan selawat yang diiringi dengan perarakan dari kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian, persembahan nasyid, pertandingan sepanduk dan lain-lain lagi. Sk Kampung Bahagia Jaya juga tidak terkecuali dalam sambutan ini. berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut:
Guru-guru dan staf islam dari Sk Kampung Bahagia Jaya, Sibu bergambar bersama-sama setelah penat berarak sejauh kira-kira 4km.
Kelihatan Ustaz Termyzy dan cikgu Fizik (Cikgu Zul) sedang mempromosikan sepanduk sekolah kepada orang ramai.
Sepanduk dalam proses hiasan...
Diharapkan Sambutan Maulidurrasul pada tahun ini dapat dihayati dengan penuh keinsafan oleh semua umat islam di Sibu ini khasnya dan di seluruh dunia amnya. Apalah gunanya sambutan meriah tetapi pengisian serta amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ditinggalkan, suruhan dan larangan Allah s.w.t. pula tidak diambil berat. Semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan yang demikian...Insya Allah...Sollu 'Alan Nabiyy...