Ahad, 29 September 2013

MAHROJAN AL-LUGHOH AL-AROBIYYAH (Karnival Bahasa Arab)

Syukur ke hadrat Ilahi, karnival ini telah berlangsung dengan jayanya bermula dari 2 September 2013 sehingga 25 September 2013. Karnival Bahasa Arab ini adalah merupakan salah satu program anjuran Panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam SK Kampung Bahagia Jaya dengan kerjasama Pengurusan Kokurikulum Sekolah serta beberapa Kelab di bawah Unit Kelab dan Persatuan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang berlangsungnya Bulan Bahasa Arab ini seperti Kalimatul Yaum, Al-Hiwar, Pertandingan Mencipta Poster, Pertandingan Mewarna, Gerai Jualan, Explore Race dan lain-lain. Objektif utama program ini adalah untuk memperkasakan lagi pengetahuan dan penggunaan Bahasa Arab dalam kalangan warga Sekolah Kampung Bahagia Jaya ini melalui aktiviti-aktiviti yang telah disusun.

Majlis penutupan bagi karnival ini telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar pada 25 September 2013 dengan pelbagai persembahan murid serta penyampaian hadiah. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada para guru yang terlibat serta sekalung tahniah buat murid-murid yang telah memenangi pertandingan-pertandingan yang telah diadakan. Jazakallahu Khairan Kasira...- 23 Zulkaedah 1434 H.

Pertandingan Poster Seni Khat Ungkapan-ungkapan Arab




Majlis Penyampaian Hadiah








 Persembahan Murid